Alhamdulillah, team Ziarah Kasih Ummah sempat singgah ke salah sebuah pusat pengajian Al Quran iaitu Kalamullah Qiraati.
Para pelajar juga tenaga pengajar sedang solat maghrib berjemaah.
Pemakaian bagi pelajar lelaki adalah jubah putih.
Sementara, pemakaian bagi pelajar perempuan adalah jubah dan tudung hitam. Di sini, mereka yang berpakaian begini dianggap sebagai seorang yang tinggi pengetahuan agamanya.
Dari anak-anak sekecil 4 tahun sehingga 17 tahun belajar di sini.
Pelajar-pelajar ini akan duduk di halaqah masing-masing mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar.
Pelajar perempuan dan lelaki tidak bercampur di dalam satu halaqah atau kelas yang sama sepanjang mereka berada di Kalamullah Qiraati.
Setiap halaqah akan dipantau oleh seorang tenaga pengajar.
Tekun mempelajari Al Quran.
Jika di Malaysia, kita ada meja dan kerusi untuk belajar dengan selesa. Di Kalamullah Qiraati, mereka hanya duduk di atas lantai untuk belajar Al Quran.
Sekolah ini hanya beratapkan daun nipah sahaja. Jika hujan lebat, mereka akan kebasahan. Namun ini tidak sedikit pun mengganggu gugat mereka untuk tidak hadir atau tidak mahu mempelajari Al Quran.
Mereka menggunakan buku bacalah jawi terbitan Ameen Books.
Buku-buku ini adalah sumbangan daripada Al Ameen.
Begitu sederhana Kalamullah Qiraati ini. Namun, terasa keberkahannya.
Wartawan Sinar Harian dan TV AlHijrah sedang menemuramah tenaga pengajar di Kalamullah Qiraati.
Persembahan nasyid 4 bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Thai) oleh pelajar perempuan Kalamullah Qiraati.
Klik, untuk lihat gambar selanjutnya.. photobucket






















