Assalamualaikum wbt,
Segala puji bagi Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izin Nya, MyQurbani 2026 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 28.
Pada tahun ini, kempen MyQurbani telah bermula pada 10 April 2026 dan ditutup pada 22 Mei 2026. Pada tahun ini, MyQurbani telah berjaya dilaksanakan di 13 buah negara termasuk Malaysia. Jumlah kutipan MyQurbani pada tahun ini adalah sebanyak RM2.33 juta. Berikut adalah senarai negara dan pencapaian pelaksanaan mengikut pakej:
Kesemua qurban dan akikah telah dilaksanakan bermula 10 Zulhijjah hingga tamat hari tasyrik. Kiraan tarikh adalah mengikut kiraan bulan di negara tersebut. Sebanyak 149 ekor kerbau, 542 ekor lembu dan 1,289 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan dagingnya bagi tujuan ibadah qurban dan akikah. Manfaat ibadah anda telah disalurkan kepada 18,656 keluarga bersamaan dengan 98,314 orang penerima.
Untuk makluman, senarai penama qurban dan akikah telah diserahkan kepada Rakan Pelaksana dan aqad serahan pelaksanaan juga telah dilakukan dengan Rakan Pelaksana sebelum tarikh hari raya Eidul Adha. Pada tahun ini, kesemua sijil penyertaan telah dihantar ke emel peserta 3 hari selepas hari tasyrik. Selain itu, MyCARE telah menghantar gambar serta video pelaksanaan ke WhatsApp atau emel peserta. Bagi peserta yang masih belum menerima gambar atau video pelaksanaan qurban/akikah boleh juga menghubungi terus nombor hotline kami +6011 1234 8212.
Bagi pakej Daging Sejuk Beku, sembelihan telah dilaksanakan di pusat sembelihan di Sepanyol pada 28 Mei 2026. Di waktu ini, daging-daging tersebut dalam perjalanan melalui kapal ke Lubnan. Insya Allah, jangkaan akan tiba di Lubnan pada akhir bulan Ogos ini dan akan diagihkan ke kem-kem pelarian Palestin di Lubnan.
🟣 Fasa Qurban, Melapah, Packing: Selesai ✅
🟣 Fasa Eksport ke Lubnan: Jun – Ogos 2026
🟣 Fasa Agihan di Kem Pelarian Palestin, Lubnan: September – Oktober 2026
Â
Pakej Daging Tin masih dikekalkan pada tahun ini untuk agihan ke dalam Gaza. Kaedah ini lebih praktikal kerana daging tersebut boleh bertahan selama 24 bulan pada suhu di bawah 50ᵒc. Haiwan qurban (104 ekor kerbau) telah disembelih semasa hari raya Eidul Adha di India dan di proses menjadi ketulan-ketulan daqing besar. Kesemua daging akan dihantar melalui perjalanan laut ke Mesir pada awal Julai dan akan di proses menjadi ‘Beef in Broth’ dan seterusnya akan melalui proses label dan pengetinan. Insya Allah akan masuk ke Gaza pada bulan 2026. Di bawah adalah garis masa untuk Pakej Daging Tin Gaza.
Aktiviti | Garis Masa |
Fasa penyembelihan di India | 28 Mei – 29 Mei 2026 (selesai) |
Fasa skinning, deboning, packaging, freezing di India | 01 Jun – 20 Jun 2026 (selesai) |
Fasa penghantaran melalui laut ke Mesir | Julai – Ogos 2026 |
Fasa memasak dan mengetin daging di Mesir | September – Oktober 2026 |
Fasa permohonan memasuki Gaza | November 2026 |
Fasa agihan di Gaza | Disember 2026 |
Laporan akhir dan audit | Januari 2027 |
Â
Alhamdulillah pada tahun ini sumbangan untuk Sedekah Daging Gaza (SDG) telah berjaya mengumpul sebanyak 434 bahagian (bersamaan dengan 9,548 tin daging). Untuk makluman, sumbangan SDG akan disalurkan untuk projek Daging Tin Gaza. Garis masa agihan adalah sama seperti Pakej Daging Tin Gaza di atas. Selain itu, tambahan dari dana Tabung Palestine akan digunakan juga untuk menambah jumlah daging tin yang akan di bawa masuk ke Gaza.
Bagi anda yang masih belum masuk ke group Telegram MyQurbani, anda boleh berbuat demikian bagi melihat gambar-gambar pelaksanaan qurban 2026 https://t.me/myqurbani . Sebarang maklum balas atau cadangan penambahbaikan boleh disalurkan ke nombor hotline kami. Selain itu, kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang tinjauan berikut. Maklum balas yang diberikan amat penting bagi membantu kami menambah baik mutu perkhidmatan dan pelaksanaan program pada masa akan datang.
Pautan Borang Tinjauan: https://mycare.qrd.by/feedbackmyqurbani
Ucapan jazakumullah khairan katheera kepada semua peserta MyQurbani 2026. Tahniah kerana anda telah membawa keceriaan kepada 18,656 keluarga. Semoga ibadah qurban dan akikah anda diterima Allah swt dan ganjaran di akhirat menanti anda hendaknya. Mohon maaf dari pihak kami atas sebarang kekurangan sepanjang kami melaksanakan program ini. Harap anda semua terus menyokong projek-projek kemanusiaan MyCARE. Jumpa lagi insya Allah di MyQurbani 2027.
Â
 Terima kasih,
 Hj Kamarul Halim bin Hj Sakrani
Pengarah MyQurbani 2026












