Sumber: Aqsa Syarif
Mari laksanakan ibadah qurban di Palestin melalui pakej Qurban Kasih Ummah anjuran bersama IKRAM-JIM-KIMB-Aqsa Syarif. Pakej korban ke Palestin akan dilaksanakan oleh badan NGO Palestin ISJ (Islamic Society of Jabaliya) yang mempunyai rekod kerjasama cemerlang dalam mengendalikan projek-projek bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif di Palestin. Ini termasuklah mendirikan kilang roti yang pertama sumbangan rakyat Malaysia di Gaza, projek menternak lembu dan projek bantuan beg sekolah untuk anak-anak Palestin.
Sila klik pada borang ini untuk muat turun versi yang lebih jelas. Tarikh tutup pada 31 Oktober 2011
Teman-teman yang berhajat untuk menyertai pakej ibadah qurban ini di Palestin akan diuruskan oleh Aqsa Syarif dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM1,000 bagi satu bahagian. Sila hubungi sekretariat Qurban Kasih Ummah untuk penyertaan. Borang disediakan di sini. Untuk pertanyaan lanjut mengenai kurban khusus ke Palestin boleh hubungi ibu pejabat Aqsa Syarif di no tel 03-87334636.
Selamat menjalani ibadah qurban di Palestin. Menghidupkan syiar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dan menghidupkan sunnah Nabi SAW yang amat dititikberatkan ini di bumi para Nabi, di bumi Isra dan Mikraj, di bumi ribat (bumi jihad dan perjuangan).
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif
Maklumat lanjut boleh juga didapati di:
http://www.ramadhan-qurban.org/
https://www.facebook.com/qurban.kasih.ummah
