Perutusan Pengarah Program Qurban Kasih Ummah 1432H

Kepada:

Yang Berbahagia Tuan/Puan

Assalamualaikum.

Tuan/Puan yang dihormati,

QURBAN KASIH UMMAH 1432H
IBADAH QURBAN AQIQAH DI TEMPAT YANG LEBIH MEMERLUKAN

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Saban tahun umat Islam mengembalikan semangan sifat berkorban mentaati Allah dan RasulNya melalui peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail sebagai satu bukti ketaatan kepada KhaliqNya. Berkorban dengan sekurang-kurangnya satu (1) bahagian lembu atau seekor kambing diterima Allah sebagai ibadah dengan disertakan niat yang betul. Firman Allah yang bermaksud;

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)“. – Al Kautsar 108:1-2

Pada tahun ini, IKRAM, JIM dan KIMB bergabung bersama-sama menjayakan Program Qurban Kasih Ummah 1432H yang merupakan penerusan program Rayuan Qurban dan Aqiqah JIM yang telah dilaksanakan sejak 12 tahun yang lepas. Fokus agihan penyembelihan haiwan Qurban dan Aqiqah adalah untuk membantu umat Islam yang ditindas, berjuang, dilupakan dan ditimpa bencana di 17 buah negara iaitu di Palestin, Pakistan, Filipina, Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Bangladesh, Iraq, Lubnan, Papua New Guinea, Maldives dan juga di negara kita Malaysia.

Sambutan yang baik pada setiap tahun menunjukkan kesedaran umat Islam di Malaysia terhadap tuntutan ibadah ini semakin meningkat. Pada tahun lepas, penyertaan untuk Qurban dan Aqiqah lembu adalah sebanyak 270 ekor, manakala Qurban dan Aqiqah kambing sebanyak 131 ekor.

Saya menyeru kepada umat Islam di Malaysia untuk bersama kami menjayakan program murni ini. Bersama-sama ini disertakan brosur untuk edaran ditempat tuan/puan. Sebarkanlah kepada rakan, sahabat dan kenalan di pejabat atau kepada individu yang dikenali. Untuk makluman, brosur ini boleh juga didapati dari lama web www. ramadhan-qurban.org.

Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua.

Sekian, wassalam.

Yang diamanahkan,

HAJI TUAN YAACOB TUAN SOF
Pengarah
Qurban Kasih Ummah 1432H

Hari Raya Haji 1446H/2025:
(7 Jun 2025)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: