Paket makanan yang diberikan kepada semua mangsa banjir di Bangkok.
Terdiri daripada beras, air mineral, minyak masak, mee maggi, air kordial, sardin.
Sukarelawan IKRAM, WAMY, The Foundation for Quranic Education, Al SALAM menaiki trak Royal Thai Army untuk ke tempat banjir.
Perjalanan memakan masa hampir 4 jam di atas trak ini untuk ke tempat banjir.
Paket makanan sedia untuk dipunggah dari trak Royal Thai Army.
Bukan sahaja sukarelawan, malahan penduduk di sekitar pelabuhan Pakkret juga membantu kami memunggahkan paket makanan.
Sejumlah 800 paket makanan sedia untuk diagihkan pada malam kami tiba di Pelabuhan Pakkret.
Ada juga mangsa banjir yang tinggal di bawah jambatan ini.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Kami bersama-sama penduduk Pakkret memunggah barang.
Mangsa banjir di Bangpo.
Rumah sementara penduduk Bangpo.
Gotong royong menyediakan makanan bersama mangsa banjir.
Barisan pimpinan WAMY Thailand.
Warga emas ini merintih kepada kami kerana tidak mendapat bekalan air bersih yang secukupnya. Menurut beliau, kesukaran ini lebih dirasai bagi mereka yang sudah uzur seperti beliau. Sukar untuk bergerak jauh ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Ini adalah antara rumah yang sempat kami ziarahi. Difahamkan, warga emas ini telah terlalu uzur dan tidak berapa sihat.
Wartawan sinar harian dan TV Al Hijrah membantu kami membuat liputan program Tabung Kasih Ummah ini.
Ustaz Karim (WAMY) membantu memberikan paket makanan kepada mangsa banjir.
Kami juga turut merasai seperti mangsa banjir. Makan, minum, solat dan beriadah ditempat yang sama. Juga menggunakan air banjir untuk semua aktiviti antaranya mengambil wudhuk.
Klik, untuk lihat gambar selanjutnya.. photobucket


















