Assalamualaikum.
Hari ini 1 Zulhijjah 1432 H. Hari Jumaat. Semoga kita semua insyaAllah sentiasa berlumba lumba mencari keredhaan Allah SWT. Diharap kita semua sudah mengerjakan solat dhuha dan membaca surah Al Kahfi, kalau belum masih ada masa lagi .
Kami di Sekretariat Qurban Kasih Ummah sedang sibuk memproses penyertaan qurban dan aqiqah anda. Hari ini proses pengagihan dan penghantaran wang fasa 1 akan dilaksanakan. Penyertaan setakat pagi ini ialah sebanyak 687 dengan jumlah sebanyak RM525k amat jauh dengan sasaran yang kami letakkan. Tahun lepas penyertaan adalah sebanyak 1095 dengan jumlah RM630k. Sasaran ialah RM1 juta.
Untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi penyertaan, kami melanjutkan penyertaan sehingga 4 Nov 2011 cuma penyertaan selepas 31 Oktober kami akan agihkan ke negara berhampiran seperti Kemboja dan Thailand . Jadi anda semua bolehlah war-warkan kepada kawan-kawan, sahabat handai untuk bersama menyertai Qurban Kasih Ummah. Sila lawati www.ramadhan-qurban.org atau hubungi terus Sekretariat di talian 03 4108 9669.
Ayuh, pelaburan akhirat usah ditangguh. Sertai Qurban Kasih Ummah.
فصل لر بك وانحر
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah. Surah Al Kauthar:2
Tuan Yaacob
Pengarah
Qurban Kasih Ummah 1432H