MyQurbani Kembali, Jom Laksanakan Ibadah Qurban Bersama MyCARE!

Beberapa hari lagi Hari Raya Qurban bakal menjelang. Dikesempatan ini, kami ingin mengajak anda mendalami pengertian ibadah Qurban. Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari raya Aidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. Hukum ibadah qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sangup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Pengenalan MyQurbani

Kempen MyQurbani yang dilaksanakan oleh MyCARE merupakan program qurban dan akikah tahunan; Bermula dengan nama Qurban Kasih Ummah, kini ianya dijenamakan semula bagi memberi nafas baru dalam pelaksanaan ibadah yang paling dinantikan umat Islam.  Selama 23 tahun, kami melaksanakan amanah ini dengan penuh cermat dan akan terus memastikan pelaksanaan ibadah qurban dan akikah diuruskan dengan amalan terbaik (best practices) sambil memastikan aspek kepatuhan hukum syarak diikuti sepenuhnya.

Program tahun ini bakal memanfaatkan saudara-saudara kita yang memerlukan di 9 buah negara sepanjang pelaksanaannya. Kini, MyCARE sekali lagi membawakan program MyQurbani 2021M / 1442H bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia melebarkan ibadah mereka ke negara-negara yang berada di kancah peperangan dan juga yang mengalami bencana alam. Sasaran kami kali ini adalah untuk mencapai RM1.5 juta kutipan untuk diagihkan ke 9 buah negara yang amat memerlukan termasuklah Palestin, Syria, Yaman, Nepal, Somalia, Somaliland, Myanmar, Eritrea dan Cox’s Bazar, Bangladesh.

Alhamdulillah, sebanyak 3,777 penyertaan qurban dan akikah telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Oleh kerana itu, kami ingin mengumumkan Pakej Qurban serendah RM290 diteruskan lagi untuk tahun ini. Mari Bersama kami sekali lagi laksanakan ibadah qurban atau akikah anda disamping membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. 

Cara Penyertaan MyQurbani.

Pilih jenis qurban atau akikah, pilih pakej haiwan di negara tertentu, kemudian layari:

https://mycare.qrd.by/myqurbani

Atau anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank online / CDM / cek. 

Humanitarian Care Malaysia Berhad 

CIMB Islamic

8602 13 5592

Peserta yang telah membuat pembayaran, anda dijemput untuk mengikuti Group Telegram MyQurbani bagi mendapat pelbagai informasi tentang pelaksanaan qurban anda. Link Group Telegram MyQurbani  tersebut akan diberikan di resit yang dikeluarkan oleh pihak MyCARE. Kami akhiri penulisan ini dengan slogan, “Seiring mendapat pahala ibadah qurban, gandakan pahala kita dengan memberi daging qurban kepada mereka yang memerlukan”.

Hari Raya Haji 1444H/2023:
(28 Jun 2023)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: