Tahun lalu, Aceh diuji banjir besar yang menenggelamkan ribuan rumah dan melumpuhkan ekonomi penduduk, meninggalkan kesan mendalam yang masih dirasai sehingga ke hari ini.
Ramai mangsa kini dalam fasa sukar untuk membina semula kehidupan mereka selepas kehilangan segala-galanya dalam bencana tersebut.
Setelah MyCARE menyempurnakan dua misi bantuan kemanusiaan ke sana sebelum ini, kami kembali lagi untuk memastikan mangsa-mangsa banjir ini tidak dilupakan pada hari raya yang mulia melalui MyQurbani.
Ibadah Qurban anda tahun ini bukan sekadar ketaatan kepada agama, tetapi merupakan bantuan dan tanda solidariti buat saudara kita yang masih bergelut dengan sisa kemusnahan.
Mari jadikan Qurban kali ini sebagai hadiah penuh bermakna dan sinar harapan untuk mereka bangkit semula.
Sertai #PakejAceh sekarang untuk menyantuni mereka yang memerlukan di myqurbani.my