Assalamualaikum,
Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, program Qurban dan Aqiqah di Myanmar telah dilaksanakan pada;-
Tarikh:
02 November 2010 / 25 Zulkaedah 1431H
17 November 2010 / 10 Zulhijjah 1431H
Dilaksanakan oleh:
Wakil urusetia Qurban Aqiqah JIM
Sumbangan:
4 ekor lembu Qurban
2 ekor lembu Aqiqah
11 ekor kambing Aqiqah
Pengagihan:
Penyembelihan dan pengagihan daging lembu dan kambing di;
1. Madrasah Tahfiz 54 of Sophia, Bottatau Township Yangon
2. Madrasah Tahfiz as-Sophia serta penduduk sekitar Masjid Banggale Zhu
3. Madrasah Tahfiz Syamsul Haq Tengayun serta penduduk Kampung Tengayun
4. Madrasah Tahifz Menggladun serta penduduk sekitarnya
5. Madrasah Tahfiz Dala Township dan penduduk Kampung Dala
Testimonial:
“Terharu kerana terdapat saudara seIslam yang ambil peduli nasib mereka yang telah sekian lama ditimpa musibah dan hidup dalam keadaan yang tersangat dhaif dan melarat”
“Masyarakat Hindu dan Buddha yang mendapat bahagian qurban juga mengucapkan jutaan terima kasih. Malah ramai diantara mereka yang mengalirkan air mata menerima bantuan tersebut dan dari maklumat yang diterima kedapatan yang telah memeluk Islam setelah menerima sumbangan ihsan daripada umat Islam”
Dikepilkan bersama gambar Qurban dan Aqiqah di Myanmar.
Laporan disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Wakil Urusetia Qurban Aqiqah
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)











