Assalamualaikum,
Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, program Qurban dan Aqiqah di Kedah telah dilaksanakan pada;-
Tarikh:
16 November 2010 / 09 Zulhijjah 1431H
19 November 2010 / 12 Zulhijjah 1431H
Tempat:
1. Kampung Lembah Palas, Changlun
2. Taman Tabung Haji, Bukit Tinggi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah
Dilaksanakan oleh:
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (cawangan Kubang Pasu)
Sumbangan:
7 ekor lembu Qurban dan Aqiqah
Pengagihan:
Penyembelihan dan pengagihan daging lembu kepada 420 buah keluarga (2100 orang) mangsa banjir pada November 2010 di Daerah Kubang Pasu.
Respon dari masyarakat setempat:
Masyarakat bersyukur di atas pemberian daging qurban dan berterima kasih kepada JIM dan IKRAM.
Kejayaan program:
Program telah berjaya memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat dan membina hubungan dengan pemimpin masyarakat setempat.
Dikepilkan bersama gambar Qurban dan Aqiqah di Kedah.
Laporan disediakan oleh:
Nasiruddin Abdullah
Timbalan Yang Dipertua
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (cawangan Kubang Pasu)



