Pelancaran dan Sidang Media Qurban Kasih Ummah IKRAM 2014

Assalamualaikum.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,

InsyaAllah, Jawatankuasa Pelaksana Qurban Kasih Ummah IKRAM 1435H akan mengadakan satu pelancaran serta sidang media Qurban Kasih Ummah 1435H pada;

Tarikh : 26 Ogos 2011 (Selasa)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Bilik Islah, Tingkat 3, Pejabat IKRAM Taman Melawati

Objektif : Melancarkan kempen, mengeluarkan kenyataan media serta menyemarakkan budaya ibadah qurban disamping membantu mereka yang lebih memerlukan

Anjuran : Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dengan kerjasama :Aqsa Syarif Berhad dan IKRAM4Syria

Disertakan aturcara majlis;

PELANCARAN KEMPEN QURBAN KASIH UMMAH 1435H (2014)

Bilik Islah, Pejabat IKRAM Taman Melawati
26 Ogos 2014 bersamaan 30 Syawal 1435H

11.00 pagi: Kehadiran jemputan /media
11.15 pagi: Ucapan aluan oleh Pengarah Program, Haji Tuan Yaacob Tuan Sof
11.30 pagi: Kenyataan media
11.50 pagi: Soal jawab
12.00 tengahari: Bersurai

Ayuh saudara dan saudari, zahirkan kasih dan prihatin anda kepada umat Islam di luar sana dalam bersama mengimarahkan lagi majlis pelancaran ini.

Mari kita bersama memanfaatkan media dengan sebaik mungkin dalam mengembangkan kerja-kerja Islah dan dakwah.

Mohon doakan moga majlis berjalan lancar, insyaAllah.

Jazakumullahu khoyran katheera di atas perhatian yang diberikan.

Sekian, wassalam.

Sekretariat Qurban Kasih Ummah 1435H
Lot 300.2, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Website: www.ramadhan-qurban.org
Emel: [email protected]
Telefon: +60341053159 / +60341622762
Faks: +60341071754 @ +60341622762

Leave a Reply