Alhamdulillah, sebelum solat eid adha kami sempat menziarahi rumah anak yatim di Narathiwat. Hampir 30 orang kesemuanya.
Bertakbir bersama mereka usai solat subuh berjemaah.
Umat Islam mula membanjiri setiap masjid di Narathiwat untuk solat Eid Adha.
Berlainan situasinya di Malaysia. Di Narathiwat, solat Eid Adha dilakukan dikawasan lapang (padang/tempat letak kenderaan). Ini adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW.
Difahamkan, bukan sekitar kawasan masjid sahaja dibanjiri oleh umat Islam yang bersolat Eid Adha malahan akan berlarutan sehingga ke atas jalanraya. Persis, suasana di padang Arafah.
Setiap ruang yang ada disekitar masjid mula dibanjiri oleh para muslimin dan muslimat.
Wanita yang uzur juga boleh mendengar khutbah raya kerana ia diadakan di luar masjid (di padang).
Sementara menunggu ayah dan ibu solat, anak-anak akan bermain di sekitar kawasan masjid. Keadaan ini sedikit tidak mengganggu para jemaah yang sedang solat.
Tidak kira usia, segenap lapisan umur umat Islam hadir untuk solat Eid Adha dan mendengar khutbah raya.
Telah menjadi sebahagian dari budaya mereka. Membawa tikar dan juga sejadah untuk solat Eid Adha di kawasan lapang dihadapan masjid.
Alhamdulillah, cuaca begitu indah sekali pada pagi Eid Adha di Narathiwat.
Beginilah kemeriahan solat Eid Adha di Narathiwat.
Bayi yang sedang dipangku ini baru sahaja berusia 14 hari. Namun, telah dibawa oleh ibunya untuk bersama-sama menyambut Eid Adha di masjid Narathiwat.
Imam masjid, Ust Hamka Awang sedang membaca khutbah.
Usai solat Eid Adha.
Di Narathiwat, mereka akan ziarah menziarahi satu sama yang lain usai solat Eid Adha.
Klik, untuk lihat gambar selanjutnya.. photobucket

















