Sebelum mengakses laman web/portal ini, anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat berkenaan. Dengan menggunakan portal ini, anda setuju dengan segala Terma dan Syarat penggunaan yang ditetapkan. Anda boleh berhenti menggunakan perkhidmatan kami sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana Terma dan Syarat penggunaan berikut. Peruntukan ini adalah khusus kepada penggunaan laman web/portal MyQurbani.
- Penafian Undang-Undang (Legal Disclaimer)
Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa MyQurbani dalam mana-mana keadaan tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerugian, kehilangan keuntungan dan/atau perbelanjaan khusus, lanjutan atau sampingan akibat daripada apa-apa pengetahuan, kepercayaan, pergantungan dan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini termasuk :- Keupayaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
- Kos qurban atau akikah berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat, perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
- Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
- Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
- Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan web ini
- Pautan (Hypertext Links)
MyQurbani boleh menyediakan pautan kepada laman-laman web yang lain. Pautan ini disediakan bagi tujuan kesenangan dan kemudahan anda. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga maka anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang terkandung dalam laman-laman web berkenaan. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa MyQurbani tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas mana-mana sumber dan kandungan maklumat laman-laman web tersebut. MyQurbani tidak bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang boleh atau telah mengakibatkan apa-apa kerosakan dan/atau kerugian kepada mana-mana pihak akibat daripada kepercayaan, pergantungan dan penggunaan maklumat yang terkandung dalam dan/atau menerusi laman-laman web tersebut. - Penamatan Perkhidmatan
MyQurbani mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan laman web/portal ini, dan mana-mana perkhidmatan lain yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara MyQurbani, dan berkuatkuasa kuasa serta merta. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa MyQurbani mempunyai hak untuk menamatkan atau menggantung akaun tidak aktif yang didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web/portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. MyQurbani tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut. - Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan
MyQurbani mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kecemasan, perlindungan dan keselamatan privasi dan integriti laman web/portal atau dalam keadaan di luar kawalan, MyQurbani perlu dan akan mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini tanpa notis. Dengan ini anda adalah dinasihati untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Melalui akses secara berterusan dan rujukan kepada syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) anda adalah dianggap bersetuju, memahami dan mematuhi sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat pada laman web/portal ini. - Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
MyQurbani mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetu bahawa MyQurbani dan mana-mana pihak lain tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan ini. - Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/ pertanyaan anda berhubung penggunaan laman web/portal ini. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web/portal ini, sila e-mel kami di myqurbani@mycare.org.my