Terima kasih dan Jazakumullahu khoir..

Banner QA 2010

Assalamualaikum.

Didoakan saudara dan saudari berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.

InsyaAllah, kita akan merayakan hari raya qurban di dalam beberapa hari sahaja lagi.

Bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana Qurban Aqiqah JIM, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Aidiladha 1431H. Semoga Allah menerima ibadah Qurban Aqiqah saudara dan saudari sekalian serta diganjari dengan sebaik-baik balasan. Ameen.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan ibadah Qurban Aqiqah saudara dan saudari. InsyaAllah, kami cuba untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh saudara dan saudari sebaik mungkin.

Sukacita juga dimaklumkan, semua agihan Qurban Aqiqah saudara dan saudari telah pun dihantar ke beberapa buah negara yang tersenarai. InsyaAllah, akan dilaksanakan pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Mohon doa supaya program QA JIM berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Sekian, wassalam.

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: