Qurban dalam Bahasa Arab disebut al-udhhiyah, iaitu binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala pengertiannya dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan (An’am) seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik 11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah.
Hukum qurban ialah Sunat Muakkad (iabdah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan). Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.
Allah SWT berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. {Surah Al-Kautsar:2}
Mengikut tafsiran ulama, ,maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksukan dengan menyembelih ialah berqurban.
Ibadah qurban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar di sisi Allah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya bianatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamata bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah biantang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.” {Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim}
Mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan qurban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak. Pada hari raya qurban kita disunatkan menyembelih haiwan qurban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan akikah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya qurban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan qurban tersebut dengan niat untuk akikah anak. Seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka kita boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.
Menyembelih haiwan qurban pada Hari Raya Qurban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah qurban, antara hadis tersebut ialah;
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berqurban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
- Qurban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji
- Qurban Nazar, apabila seseorang itu bernazar untuk menyembelih qurban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.
Boleh sekiranya diwasiatkan begitu.
Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan qurban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Aidil Adha, sehingga terbenam matahari tarikh ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih haiwan qurban adalah 4 hari. Sesiapa yang menyembelih qurban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah qurbannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W; “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai qurban.”
Pihak sekreteriat MyQurbani akan mengeluarkan resit dan sijil penyertaan/pelaksanaan qurban/akikah tersebut kepada semua peserta beserta laporan pelaksanaan qurban/akikah. Gambar pelaksanaan qurban/akikah boleh didapati melalui laman facebook kami.
Penyertaan atas talian (online) klik: Borang Penyertaan
atau
Sertakan bukti pembayaran bersama maklumat berikut:
1. Nama
2. Alamat
3. Emel
4. No. telefon bimbit
5. Penama qurban
(Whatsapp/Telegram/SMS ke +6011-12348212)
Humanitarian Care Malaysia Berhad
Maybank 5642 5856 0698
Bank Islam 1209 20100 34904
CIMB 8602 135 592
Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu.
Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al – Barqani;
“Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagi perkongsian bayaran tidak menjadi masalah. Cuma kami perlukan hanya 1 penama sahaja untuk 1 bahagian.
Boleh tetapi penama hendaklah atas nama wakil satu individu muslim.
Tidak boleh bagi qurban/akikah umum. Namun, setiap tahun kami ada menganjurkan qurban khas untuk negara-negara khusus.
Tidak perlu kerana kami akan menguruskan urusan qurban Tuan/Puan. Selesai pelaksanaan, kami akan maklumkan destinasi pelaksanaan qurban Tuan/Puan.
Tiada pengecualian cukai untuk qurban buat masa ini.
- Tiada lafaz khusus
- Contoh niat: “Sahaja aku melakukan qurban kerana Allah ta’ala”
- Bagi qurban luar negara, memadai dengan akad wakalah (akad mewakilkan orang lain) bersama wakil. Contoh akad MyQurbani “Saya dengan ini mewakilkan kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah Qurban / Akikah bagi diri saya (berserta penama-penama di atas) bagi tahun XXXX kerana Allah SWT. Saya juga bersetuju MyCARE mengambil 15% sebagai kos operasi bagi MyCARE menyempurnakan pelaksanaan ibadah ini. Dan sekiranya ada lebihan, saya bersetuju menghibahkan lebihan tersebut kepada MyCARE”
- Boleh diniatkan ketika:
– menyembelih qurban (jika buat sendiri)
– menyerahkan binatang kepada wakil
– wakil menyembelih qurban sambil diperhatikan oleh peserta qurban
(Sumber : Kitab Matla’ Al-Badrain, Panduan Ibadah Qurban)