Pilihan Pakej Palestin 1446H | 2025

Nakbah telah berlarutan lebih 77 tahun, dan hingga ke hari ini, penderitaan rakyat Palestin masih belum berakhir. 

Mereka terus hidup dalam tekanan, penindasan dan kekurangan, terutamanya di Gaza dan kem-kem pelarian Palestin di Lubnan, di mana kehidupan seharian hanya bersandar pada kecekalan dan bantuan luar.

Simbol harapan yang paling menyentuh bagi An-Nakbah adlaah kunci rumah. Warisan yang berpindah tangan dari satu generasi ke generasi berikutnya, menandakan impian yang belum padam untuk kembali ke tanah air yang sah milik mereka.

Hari Jumaat yang penuh barakah ini, bertepatan dengan sambutan Hari Nakbah, marilah kita menzahirkan solidariti melalui sumbangan. 

Sama ada dengan menyertai Sedekah Daging Gaza atau melaksanakan ibadah qurban melalui #PakejPalestin, setiap sumbangan anda memberi makna besar buat mereka yang memerlukan.

MyQurbani akan menyalurkan agihan daging ini ke kawasan-kawasan yang sangat memerlukan seperti Baitulmaqdis, Tebing Barat, Gaza dan kem pelarian Palestin di Lubnan.

Sertai kempen ini di laman rasmi MyQurbani di myqurbani.my atau terus isi penyertaan DI SINI.

Hari Raya Haji 1446H/2025:
(7 Jun 2025)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: