[Perkongsian] Ziarah Qurban di Vietnam (siri 04)

Assalamualaikum.

Siri 4: 19 Nov 2010 – Merancang sumbangan masa depan untuk masyarakat Islam di Vietnam

Dalam perkongsian oleh Ustaz Abdul Rahman, beliau memaklumkan hanya seorang sahaja wanita  yang boleh mengurus jenazah.  Dengan sebab itulah, kami merasakan pendidikan agama perlu diusahakan di sana.  Ilmu-ilmu yang lain yang boleh memperbaiki kehidupan mereka amat penting supaya taraf kemiskinan masyarakat Islam dapat ditingkatkan.

Masyarakat Islam di Vietnam merupakan golongan minoriti, lebih kurang 0.1% daripada 86 juta penduduk Vietnam, keadaan orang Islam yang semakin luntur dengan pegangan Islam amat merungsingkan.

Hasil daripada perjumpaan pada Hari Raya Haji yang lepas, kami mencadangkan satu kerjasama dibuat untuk pembangunan umat Islam di Vietnam. Oleh itu satu sesi perbincangan kerjasama dengan Malaysian Muslim Communities in HCMC telah diadakan.

Perbincangan dimulakan dengan saya memperkenalkan JIM dan aktivitinya serta penglibatan JIM dalam usaha pembangunan masyarakat Islam di Vietnam. Hadir sama Dr Salwani mewakili JIM serta Ustaz Abdul Rahman. Antara perkara yang dirumuskan pada akhir perbincangan yang julung-julung kalinya diadakan ialah:

–          Mewujudkan pangkalan data untuk umat Islam di seluruh Vietnam.

–          Menyediakan perancangan kerja jangka panjang untuk pembanguan masyarakat Islam.

–          Menyediakan VCD atau bahan-bahan audio visual /bahan rujukan tentang perkara-perkara asas fardhu ain dalam bahasa Vietnam.

–          Menganjurkan kursus jangka pendek seperti kursus pengurusan jenazah, kursus asas ICT dan pengurusan yang akan dikendalikan di dalam bahasa Vietnam.

–          Memanfaatkan pelajar Vietnam di Malaysia dalam penyediaan bahan-bahan VCD.

Lanjutan dari perbincangan ini, kita telah memulakan perbincangan awal dengan NICE (Nusantara Centre of Excellence), satu lagi institusi JIM yang perihatin tentang keperluan umat Islam di nusantara yang di pengerusikan oleh En Wan Mohd Zukri.

Kami sedang menyediakan satu kertas kerja pelaksanaan bagi projek di atas. Aktiviti paling awal ialah penyediaan pangkalan data umat Islam disana. Perbincangan lanjut juga dibuat dengan Ustaz Abdul Rahman yang kebetulan datang ke pejabat JIM semalam.

Selain itu, Dr Hafidzi sedang dalam usaha membuat satu kajian sejarah untuk melengkapkan buku jejak Risalah di Nusantara dan kita bersedia bekerjasama di bawah NICE untuk menjayakannya.

Dikongsikan beberapa keping gambar keadaan di Vietnam.

Sekitar luar rumah bersebelahan dgn Masjid Anwar.

Locker untuk pelajar pelajar di Madrasah An Nur sedang dalam keadaan uzur sekali.

Tempat wudhu di Masjid Nourul Islam Tay Ninh Province.

Bersambung siri 5..

Dilaporkan oleh:
Haji Tuan Yaacob Tuan Sof
Pengarah Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: