[Perkongsian] Ziarah Qurban di Vietnam (siri 03)

Assalamualaikum,

Siri 3: 17 Nov 2010 – Masyarakat Islam di Tay Ninh province memerlukan bantuan kita

Pagi-pagi lagi Ustaz Abdul Rahman menjemput kami di hotel dan terus bertolak ke Tay Ninh Province utara HCMC. Perjalanan ke sana memakan masa lebih dari 2 jam. Umat Islam di sana melebihi 4000 orang. Qurban dilaksanakan di kawasan berhampiran Masjid Nourul Islam. Masyarakat Islam rata-ratanya miskin dan kebanyakan mereka terlibat dalam bidang pertanian.

Berhenti sekejap untuk sarapan pagi. Roti disediakan oleh Ustaz Abdul Rahman sendiri.


Keunikan air kopi Vietnam yang tersangat “kaw”  dan ditapis dalam cawan penapis.


Berkumpul dengan masyarakat setempat di Masjid Nourul Islamsebelum qurban dijalankan.  Haji Razali (berbaju dan berkopiah putih) wakil dari salah sebuah kampung boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang lainnya hanya berbahasa Vietnam.

Hj Razali sempat mengadu kepada saya bahawa kawasan kampongnya terdapat 360 keluarga Islam, hanya seekor lembu qurban saja diagihkan. Ini menunjukkan umat Islam disini agak ramai, miskin dan sangat sangat memerlukan bantuan.

Bersama ahli masyarakat wanita berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Tidak ramai yang boleh berbahasa Melayu

Antara rumah yang dhaif menjadi tempat tinggal masyarakat Islam di persekitaran Masjid Nourul Islam, Tay Ninh

Banyak sebenarnya sumbangan yang diperlukan oleh mereka bukan sekadar tempat tinggal yang sesuai, pendidikan Islam juga terbuka luas untuk para duat menyumbang.

Lembu ditumbangkan untuk disembelih

Makan tengahari bersama tuan rumah

Bergambar beramai ramai sebelum pulang ke HCMC. Ini pandangan sebelah hadapan masjid Nourul Islam yang serba kekurangan.

Bersambung siri 4..

Dilaporkan oleh:
Haji Tuan Yaacob Tuan Sof
Pengarah Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: