[Perkongsian] Ziarah Qurban di Selatan Thailand (siri 01)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, perjalanan banyak dipermudahkan kerana Ustaz Muhamaad, warga Thailand yang mengajar di Jaiputra – yang menjadi contact person dan juga menjadi pengiring perjalanan ke Thailand. Ust. Mat juga merupakan wakil The Foundation For Quranic Education, salah satu NGO pelaksana Qurban di Thailand. Wakil pelaksana yang lain ialah Maahad Muhammadi, Sekolah AsSalhiyah dan Yala Islamic University.

Turun di airport Kota Bharu, kami terus ke Maahad Ustaz Fatah di Narathiwat. Disebabkan lewat sampai, terpaksa solat Eid berdua sahaja dengan Ust Mat – sehari awal dari Malaysia. Maahad ini juga merupakan lokasi pertama dilawat untuk perlaksaan Qurban JIM (Gambar 1). Tak sempat menyaksikan lembu dikorbankan kerana tukang sembelih ke tempat lain dahulu.

Dapat perjalanan ke tempat seterusnya sempat melalui Kg. Jabat, kampung asal Astora Jabat (Gambar 2). Di lokasi kedua, masih di Narathiwat, 2 ekor lembu diagihkan untuk orang kampung. Terdapat juga ibu tunggal, kehilangan suami akibat dibunuh tentera Thai. Singgah sebentar di kampung Ust. Mat dan dijamu dengan buah Dokong Air yang besar-besar, dipetik fresh dari laman rumah.

Lokasi ke 3 pula ialah sebuah Madarasah/Sekolah Pondok yang dikendalikan oleh Hj. Ghazali di Wilayah Yala. Pun tak berpeluang melihat perlaksanaan korban, sebab akan dibuat semasa hari tasyrik. Sekali lagi dijamu makan menu yang hampir sama dengan lokasi pertama – ketupat pulut, daging dll.

Lokasi ke 4 pula sebuah Asrama dan Sekolah anak yatim. Asalnya, asrama ini mendapat bantuan dari timur tengah. Bagimanapun, bantuan tersebut telah tidak diteruskan. Mereka terpaksa survive dengan budget yang sangat terhad. Sumbangan seekor lembu sangat-sangat dihargai. Sempat menyaksikan korban pertama di sini, hanya 3 orang sahaja dah cukup untuk menguruskan seekor lembu. Bahkan ketika menyembelih, tinggal 2 orang sebab lagi seorang membantu Ust. Mat pegang banner!! (Gambar 3) Tersengih sendiri mengingatkan di Malaysia, seekor lembu diuruskan oleh lebih 10 orang.

Dalam perjalanan, lalu satu lagi pekan Kota Baru di Yala (kalau tak silap). Sempat juga mengambil gambar lokasi lama Yala Islamic College. Kini dikenali sebagai Yala Islamic University. (Gambar 4)

Hari pertama diakhiri dengan berehat di Hotel CS di Pattani. Hotel ini unik kerana, ketika masih lagi dalam pembinaan, burung layang-layang telah datang dengan banyaknya dan membuat sarang di ruangan parking bawah tanah. Sekiranya tokey hotel ni tak teruskan dengan pembinaan hotel, sebaliknya buat hotel layang-layang, pun dah boleh perolehi pendapatan lumayan. Bagaimanapun, parking bawah tanah tersebut dikekalkan sebagai tempat burung walit bersarang. Cerita tentang  hotel ni pernah keluar dalam TV di Malaysia, kalau tak silap rancangan Majalah3. Dulu cuma lihat di TV, kali ni berpeluang melihat dan menginap sendiri di hotel ni. Hotel ni juga menyediakan makanan halal. (Gambar 5). Gambar 6 menunjukkan laluan keluar masuk burung walit.

Waktu maghrib, kami bersolat jamak di Masjid Krue Se. Masjid tertua di Thailand ini juga menjadi saksi kepada pembunuhan 42 orang pemuda Islam. Mereka dikepung di dalam masjid dari Subuh hingga Asar sebelum tewas kepada tentera Thai. Setelah kesan dari serangan itu dibuang, kini sebarang ubahsuai adalah tidak dibenarkan terhadap masjid ini. Majoriti yang bersolat ketika itu ialah dari jamaah tabligh. Sebelum kembali ke hotel, sempat menziarahi mertua dan 2 orang ipar Ust.Mat.

Bersambung ke siri 2..

Dilaporkan oleh:
En Abdul Hafidz Hashim
Ahli Jawatankuasa Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: