[Perkongsian] Ziarah Qurban di Selatan Thailand (siri 05)

KELAINAN DI SELATAN THAI


1. Kubur : Jika kubur di negara kita biasanya dihiasi dengan binaan, di sana cuma ada batu sebagai tanda. Tiada batu nesan dan tiada sebarang binaan atau tanda mengelilingi kubur. Alangkah bagusnya kalau di Malaysia juga begini (Gambar 1 – lihat batu-batu di kawasan lapang berumput. Hanya itulah penanda kubur)

2. Road Block & Askar : Terdapat sungguh banyak road block di sepanjang jalan, termasuk di highway. Begitu juga jika ada pejabat kerajaan. Kerapkali juga berselisih atau bertemu dengan Humvee tentera yang membuat rondaan, dan kengkadang 2 buah serentak. Askar yang lengkap bersenjata dan memakai vest bullet-proof juga sering berkeliaran dan setiap kali mesti sekurang-kurangnya berdua. Kekhuatiran terhadap penembak curi sentiasa menghantui mereka. (Gambar 2 – Seorang askar mengeluarkan wang di ATM, manakala seorang lagi berkawal)

3. Sambutan Eidul Adha : Cara mereka menyambut Eidul Adha adalah berlainan. Sepanjang hari tasyik, mereka masih lagi melaram. Jalan bersiar-siar dan berziarah adalah aktiviti biasa. Ada juga kampung yang membuat keraian dengan mengadakan persembahan dan permainan. (Gambar 3 – acara tarik tali kanak-kanak perempuan di sebuah kampung di Kerisek)


4. Bahasa dan Penulisan :

a. Bahasa utama : Di Wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani bahsa utama masih lagi bahasa melayu. Manakala di Songkhla, bahasa thai lebih prominent. Ini mungkin kerana di 3 wilayah tadi, majoriti besar penduduknya beragama Islam dan di Songkhla hanya 50% sahaja. (Gambar 4 – Poster Senator Muslim, tulisan dalam tulisan jawi)

b. Ada Masculine dan Feminine : Rupanya ada perbezaan dan pertuturan antara lelaki dan perempuan. Contohnya, jika lelaki menyebut “Selamat Datang” dengan “Sawadi Kap”; yang perempuan akan menyebut “Sawadi Kaa”.

c. Penulisan : Untuk bahasa melayu, merekamenggunakan tulisan jawi. Tidak ramai yang mahir menggunakan tulisan rumi.

d. Bunyi huruf : Huruf “Y” dibunyikan seperti huruf “J”. Jadi wilayah Yala seharusnya disebut “Jala”. Begitu juga “Hat Yai” disebut “Hat Jai”.

6. Kenderaan :

a. Motor : Hanya pemandu motorsikal sahaja yang diwajibkan pakai helmet. Perempuan yang membonceng biasanya naik side-ways, walaupun motor dibawa dengan laju (ala zaman vespa dan baju kebaya di tahun 60an). 3 orang dewasa menaiki satu motorsikal , merupakan perkara biasa. Kalau membawa kanak-kanak, ada kalanya sampai berlima. Motorsikal juga kerap disambungkan dengan side-car dan dipanggil “cho-lei” (tak tahu betul ke tidak ejaannya). Cho- lei boleh menjadi kenederaan keluarga yang boleh dinaiki hingga 10 orang penumpang. Ada juga yang berbumbung. Ia juga digunakan untuk membawa barang atau untuk berniaga. (Gambar 5 – Cho lei)


b. Pick-Up 4WD : Ia juga merupakan juga kenderaan keluarga yang boleh membawa sehingga lebih 20 orang. Walaupun dalam keadaan berhimpit, berjalan melebihi 100km menaikinya adalah perkara biasa – dan dipandu laju juga. Yang hairannya, tiada pula yang jatuh. Ada juga yang dijadikan kenderaan awam, perlu bayar untuk naikinya. (Gambar 6)

7.  Taraf Kehidupan dan Pendidikan : Tanggagaji di seluruh Thailand jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Pemegang Bachelor degree bergaji tak sampai RM1,000. Tahap pendidikan pun di selatan lebih rendah. Ini mungkin ada kaitan dengan perancangan secara sengaja kerajaan thailand untuk tidak develope kawasan selatan thai. Berada di sana, seolah-olah seperti suasana di tahun 70an.


8 . TV dan Radio : Dikhabarkan ada lebihkurang 40 rancangan TV di Selatan Thai. Satelite disc adalah pemandangan biasa.  Ada juga rancangan TV Islam, sama ada daam bahasa melayu ataupun thai. Siaran radio juga banyak. Untuk membuat siaran radio sendiri juga adalah mudah. Di Selatan Thai, ada 2 siaran radio Islam yang boleh didengar di kesemua empat wilayah. (Gambar 7 – Stesen Radio Risalah)


9. Meter Letrik : Di Thailand, meter letrik semuanya diletakkan di tiang letrik. Kalau di Malaysia macam ni, alamat jadi mangsa vandalism le. (Gambar 8 )


10. Minyak Ma-lae : Terutamanya di Narathiwat, di pinggir jalan atau di kedai, banyak dijual minyak petrol dalam botol  yang dibawa masuk dari Malaysia. Harganya lebih murah dari yang di jual di Petrol Station. (Gambar 9)

Dilaporkan oleh:
En Abdul Hafidz Hashim
Ahli Jawatankuasa Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: