[Perkongsian] Ziarah Qurban di Selatan Thailand (siri 02)

Sambungan.

Hari kedua dimulakan dengan solat subuh di sebuah masjid dan bertemu dengan seorang pimpinan NGO Islam tempatan,  Dr.Zul, presiden TIMA (Thailand Islamic Medical Association) (Gambar 1).

Ketika bersarapan di hotel, bertemu pula sukarelawan IHH Turki. Mereka turut menyumbangkan 60 ekor lembu. Sebab depa tak boleh bahasa inggeris, cuma boleh bahasa arab, perbualan sangat terhad. Tunjukkan logo JIM pada jaket, mention tentang Mavi Marmara – mereka terus “click”. Lepas tu mention nama Dr. Selamat, terus angguk-angguk menunjukkan mereka iktiraf penglibatan JIM dalam Flotilla Mavi Marmara (Gambar 2).

Lawatan banyak dibuat disekitar Pattani. Disebelah pagi melihat 3 tempat yang agak berhampiran lokasinya. Kebanyakan korban di Pattani di uruskan oleh Ustaz Alias Al-Hafiz di bawah Foundation of Quranic Education. (Gambar 3 – membonceng motor Ustaz Alias)

Lokasi seterusnya ialah ke rumah Ustaz Ghazali yang memelihara anak-anak yatim. Kawasan rumahnya juga terkena banjir baru-baru ini. Sebanyak 15 mayat yang tidak diketahui asal usulnya dijumpai terdampar di pantai berhampiran kampung itu.

Setelah itu kami ke Kg. Datok, sebuah kampung di tepi pantai. Kampung ini baru sahaja ditimpa bencana banjir yang teruk. Lebih kurang 50 buah rumah ranap atau rosak. Sebuah tadika di sebelah masjid betul-betul di tepi pantai juga rosak. Bagaimanapun, Masjid disebelah tadika tidak rosak sedikit pun. (Gambar 4 – tadika, Gambar 5 – tapak rumah yang rosak, Gambar 6 – gambar masjid disebelah tadika yang rosak).

Diceritakan juga kisah seorang ibu dan bayinya. Ketika air naik, si ibu terdesak untuk menyelamatkan nyawa. Lantas meletakkan bayinya di dalam besen dan meninggalkannya – bertawakkal kepada Allah agar selamat. Selepas banjir, alhamdulillah bayi ini ditemui dengan selamat. Ramai yang datang memberikan sumbangan kepada bayi ajaib ini. Disebabkan “rehlahwan” terlampau ramai, hasrat menziarahi bayi itu dibatalkan. Memang menjadi kebiasaan masyarakat selatan Thai, ketika Eidul Adha mereka akan keluar berziarah dan bersiar-siar. Jadi jalan masuk dan keluar kampung ini jem teruk. Dianggarkan lebih seribu orang yang bertandang dalam satu masa dikampung kecil ini.

Selesai urusan di Pattani, kami bergerak ke Yala. Sempat singgah ambil gambar Telaga Hang Tuah. Betul atau tidak, wallhu’alam. (Gambar 7 & 8). Di Universiti Islam Yala, korban dilakukan pada keesokan harinya. Jadi sekadar bersolat di Masjidnya dan bergambar bersama pelajar dari China dan Kemboja yang tidak dapat balik beraya. Luas universiti ini lebih 100 ekar. (Gambar 9)

Akhirnya, kami menuju ke Narathiwat untuk bermalam di sana. Esoknya ada program Qurban Perdana. Dalam perjalanan, sempat ziarah masjid terbesar di Asia Tenggara – Masjid Jamaah Tabligh. Masjid ini dan juga madrasah disebelahnya masih lagi dalam pembinaan. (Gambar 10)

Bersambung ke siri 3..

Dilaporkan oleh:
En Abdul Hafidz Hashim
Ahli Jawatankuasa Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: