Makna Qurban Bagi Kita

Kita akan menyambut Eidul Adha tidak lama lagi, insyaAllah. Sesungguhnya seluruh aspek manasik ibadah Haji mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku lebih 5000 tahun yg lalu apabila seorang ayah yang telah lama meninggalkan anaknya bersama ibunya kembali dari perantauan menjalankan dakwah bertemu anaknya buat kali pertama setelah ditinggalkan sekian tahun lamanya. Ayah yg amat mengasihi anaknya ini tiba-tiba diperintahkan Allah melalui sebuah mimpi yg benar untuk melakukan sesuatu yang di luar bidang fikiran dan emosi manusia biasa untuk melakukannya. Perintah itu adalah perintah untuk menyembelih dan mengorbankan anaknya yang amat disayangi yang . Namun sikap seorang hamba yang patuh tanpa soal terserlah bukan sahaja pada bapa tetapi juga pada anak pilihan Allah ini.  Bapa yang tidak bersifat diktator ini dengan lemah lembut bertanyakan pendapat anaknya tentang apa yang diperintahkan Tuhan. Kisah ini dirakamkan Allah dalam surah Asshaffat : 102-109

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” . Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar”.

Lalu dengan penuh kesungguhan keduanya melaksanakan perintah itu. Mengikut riwayat si anak malah menyarankan kepada bapa supaya menanggalkan baju luarnya agar tiada kesan percikan darah yg tentunya akan menyayat hati ibunya bila melihatnya kemudian. Lalu si Ayah merebahkan anaknya dan menggunakan pisau yg tajam dgn penuh nekad dan tawakkal melaksanakan penyembelihan itu. Bayangkan perasaan si Ayah ketika itu yang sesungguhnya merasakan gejolak perasaan yang tidak digambarkan menyembelih anaknya sendiri. Pisau itu telah pun diletakkan dan secara fizikal dan pasti Nabi Ibrahim telah pun menyembelih anaknya. Kemudian apabila dibuka matanya barulah dilihat anaknya Ismail berada di sebelahnya dan Allah telah menggantikannya dgn binatang yg besar. Subhanallah.

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

Itulah Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Diuji Allah untuk membebaskan diri dari segala kecintaan hatta kepada anak sendiri harta yg paling dicintai. Ternyata Allah itu ada cara tersendiri untuk menguji keimanan hambaNya. Setelah terbukti keimanan yang tidak berbelah bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail maka Allah berkenan menggantikan Nabi Ismail dengan haiwan sembelihan yang besar.

104. Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

105. “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. Dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:

109. “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

Robert E Quinn  dalam Harvard business review mengatakan “Leaders are on top of their game when they act from their deepest values and instinct . Usually they tap into these fundamental qualities during a crisis , but it’s possible to do anytime; in the right frame of mind….”

Krisis apakah yang lebih besar dibandingkan krisis perasaan dan emosi yang dilalui Nabiullah Ibrahim apabila diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri, sehingga akhirnya peristiwa tersebut menjadi pemangkin utk mereka berdua mendirikan kaabah sebagai bukti dan mercu tanda kecintaan abadi kepada Allah Yang Maha Besar. Hasil kaabah itulah yang masih kukuh berdiri ribuan tahun lamanya dan menjadi pusat manusia semesta dunia tunduk mengagungkan Allah SWT.

Bagi kita mungkin kita tidak berhadapan krisis yang dialami Nabi Ibrahim, namun percayalah dengan betul menghayati syahadah sebenarnya kita sepatutnya mempunyai the right frame of mind untuk mengeluarkan our deepest values and instinct dan berbuat sesuatu utk agama Allah.

Oleh itu, di sebalik ibadah qurban yang kita jalankan setiap tahun itu rupanya terus terpahat iktibar dan pengajaran yg begitu dalam maknanya. Di sebalik penyembelihan dan memerciknya darah binatang qurban kita disuruh untuk sentiasa menyembelih segala sesuatu yang menjadi menghalangi kita dari kecintaan yang sesungguhnya kepada Allah.

Jadi sempena Hari Raya Qurban kali ini lihatlah haiwan yang korbankan, perhatikan darah yang menyembur, bayangkan bahawa kita sebenarnya sedang menyembelih dan memotong pangkat kita, status kita, kebergantungan kita kepada keredhaan manusia, sifat sombong dan merasa cukup kita, harta kita , anak2 dan isteri atau suami kita , nafsu malas dan takut kita serta  segala sesuatu  yang menghalangi kita dari berbuat yang terbaik dan sekuatnya untuk jalan Allah.

Takbir! Allahu Akbar.

Nukilan;
Dr Hafidzah Mustakim
Wanita JIM Kelantan

Ayuh, jom berqurban !!!

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: