Assalamualaikum,
Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, program Qurban di Vietnam telah dilaksanakan pada;-
Tarikh:
16 November 2010 / 10 Zulhijjah 1431H
17 November 2010 / 11 Zulhijjah 1431H
Tempat:
1. Ho Chi Minh City
2. Tay Ninh Province
3. An Giang Province
Dilaksanakan oleh:
Madrasah Al Nur, Ho Chi Minh City
Sumbangan:
20 ekor lembu Qurban
Pengagihan:
Penyembelihan dan pengagihan lembu kepada 12,000 orang penerima daging Qurban JIM. Yang terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal, anak yatim, mangsa bencana alam serta pelajar madrasah Al Nur.
Testimonial:
“Ucapan terima kasih banyak kepada JIM kerana sumbang korban ke Masjid Noorul Islam walaupun agih untuk kampung tidak cukup banyak tetapi alhamdulillah kami dapat rasa korban dengan sedap“– Adam, Ketua Kampung Tay Ninh Province.
Dikepilkan bersama gambar Qurban di Vietnam.
Laporan disediakan oleh:
Ustaz Haji Abdul Rahman
Madrasah Al Nur Ho Chi Minh City