Laporan MyKorban 2020

gambar kanak-kanak perempuan pegang agihan

Program MyKorban tahun 2020, telah dilaksanakan di 11 buah negara. Tiada perlaksanaan di dalam negara dibuat tahun ini, setelah mengambil kira keterbatasan MyKorban untuk mematuhi SOP yang sangat ketat akibat penularan virus Covid-19. Selain perlaksanaan korban di Gaza yang dikendalikan oleh pejabat MyCARE di Gaza, semua perlaksanaan di negara yang lain telah diuruskan oleh rakan NGO MyCARE.

Negara-negara yang terlibat adalah Palestin, Syria, Sudan, Somalia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Somaliland. Sementara itu, pakej kambing sejuk beku dilaksanakan di Australia. Di samping itu, MyKorban juga telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan perlaksanaan korban bagi pihak Human Appeal Australia di Kemboja dan Filipina.

Secara keseluruhannya jumlah binatang korban yang telah diuruskan adalah sebanyak:

  1. Lembu – 195 ekor
  2. Unta – 26 ekor
  3. Kerbau – 180 ekor
  4. Kambing – 1142 ekor

Untuk pakej sejuk beku, kambing yang disembelih di Australia akan dibekukan dan seterusnya dihantar menggunakan kapal laut ke Palestin dna Syria. Agihan daging di Palestin dan Syria juga akan diuruskan oleh Human Appeal.

Dengan ini, MyKorban ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas semua penyertaan korban tahun ini. Sesungguhnya, sumbangan daging korban ini adalah sangat besar ertinya bagi para penerima manfaat. Kami doakan, ibadah korban yang telah dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi bekalan di akhirat kelak untuk dianugerahkan syurga.

“Korban Rentas Benua”

Abdul Hafidz Hashim
Pengurus MyKorban 2020

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: