[KM] Pasca Qurban Kasih Ummah 1432H

Kenyataan Akhbar – 23 November 2011

Ucapan Terima Kasih Pasca Qurban Kasih Ummah 2011/1432H

IKRAM | JIM | KIMBslidespot

1.      Pihak IKRAM, JIM dan KIMB mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyertai program Qurban Kasih Ummah 1432H yang kami anjurkan.

2.      Kami merasa sangat terharu dan berbesar hati dengan sambutan yang luarbiasa dari rakyat Malaysia terhadap program ini sehingga kutipan RM1 Juta yang kami sasarkan berjaya dicapai. Ini menunjukkan rakyat Malaysia khususnya umat Islam sangat prihatin akan nasib umat Islam yang lebih memerlukan terutama yang miskin, ditindas, berjuang dan sangat-sangat memerlukan di luar negara terutamanya dan juga di dalam negara.

3.      Pihak kami juga sangat terharu dan berbesar hati dengan sambutan khusus terhadap qurban di Palestin yang mana pihak kami dengan kerjasama Aqsa Syarif telah mengumpulkan 28 ekor lembu dari kalangan peserta untuk dilaksanakan di sana. Walaupun ini pertama kali kami melaksanakan qurban khusus di Palestin dengan harga lembu yang hampir mencecah RM10,000 seekor.

4.      Eidil Adha telah pun berlalu. IKRAM, JIM dan KIMB telah menjadi jambatan antara peserta qurban dengan mereka yang memerlukan bantuan. Ibadah qurban dan aqiqah tuan/puan telah kami laksanakan dengan jayanya. Kini kami sedang menunggu laporan dari NGO pelaksana, ada yang kami telah terima. Rumusan laporan perlaksanaan akan dicetak dan diedarkan bersama sijil penyertaan kepada semua peserta.

5.      Pada tahun ini juga kami menghantar wakil ke tiga buah negara jiran untuk melihat sendiri perlaksanaan qurban dijalankan. Wakil wakil yang dihantar ialah Saudara Wan Mohd Zukri dan Saudara Mohd Iqbal Hakim ke Kemboja, Saudara Abdul Hafidz Hashim ke Ho Chin Ming City Vietnam dan Pengarah sendiri serta Saudari Junainah Tolani ke Selatan Thai dan Bangkok. Tidak lupa juga buat julung kalinya kami membawa bersama dua orang wakil TV Al Hijrah dan dua orang wakil akhbar Sinar Harian dalam rombongan ke Thailand. Laporan berita telah pun disiarkan oleh kedua-dua media tersebut. Semua laporan dan berita boleh didapati dengan melayari laman web kami www.ramadhan-qurban.org.

6.      Harapan kami, tuan puan akan terus bersama kami dalam Qurban Kasih Ummah ditahun-tahun akan datang insyaAllah. Bagi mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini, kami juga amat berterima kasih atas sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit. Semoga Allah menerima segala usaha kita sebagai sebahagian amal saleh untuk bekalan di akhirat kelak. Segala kekurangan dari kami, kami mohon berjutaan maaf.

Pelaburan akhirat usah ditangguh.

Oleh

Tuan Yaacob Tuan Sof

Pengarah Program Qurban Kasih Ummah 1432H

Hari Raya Haji 1446H/2025:
(7 Jun 2025)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: