[Bernama] JIM Sasar RM1 Juta Beli Haiwan Korban Untuk Agihan 14 Negara

Sumber: Bernama

06 Oktober, 2010 16:27 PM

JIM Sasar RM1 Juta Beli Haiwan Korban Untuk Agihan 14 Negara

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) memerlukan RM1 juta untuk membeli 500 ekor haiwan korban untuk diagihkan ke 14 buah negara terpilih sempena ketibaan bulan Zulhijjah.

Di bawah program Qurban dan Aqiqah JIM, haiwan korban itu akan diagihkan ke negara Palestin, Pakistan, Filipina (Mindanao), Thailand (selatan), Indonesia, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Bangladesh, Iraq dan juga Malaysia, kata Pengarah program Tuan Yaacob Tuan Sof.

“Tumpuan agihan Qurban dan Aqiqah ini adalah kepada umat Islam yang sangat memerlukan seperti mereka yang ditindas, ditimpa bencana dan fakir miskin. Program ini dilancarkan bukanlah berasaskan keuntungan,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran program Qurban dan Aqiqah JIM di sini Rabu.

Wang sumbangan akan disalurkan kepada wakil-wakil Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) yang dilantik di lokasi perlaksanaan seminggu sebelum Aidiladha ini bagi memudahkan mereka membeli haiwan korban di lokasi masing-masing untuk diagihkan, katanya.

Tuan Yaacob berkata pada tahun lepas, JIM telah berjaya melaksanakan program tersebut dengan mengagihkan sejumlah 247 ekor lembu dan 94 ekor kambing bernilai RM300 ribu.

— BERNAMA

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: