Amanah Daging Tin Qurban Selamat Tiba!

Update Laporan #PakejTin

Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Daging tin tuan-tuan dan puan-puan telah sampai ke tangan saudara-saudara kita di Gaza.

Penghantaran daging tin ini melalui pintu Rafah dan telah diagihkan di Gaza City pada 9 – 10 Januari 2026.

Sebuah keluarga menerima 4 tin daging dengan jumlah 9,450 keluarga telah mendapat manfaat daripada 37,800 tin bersamaan 1,800 bahagian (1 bahagian = 21 tin).

Tarikh pelaksanaan: 7 Jun 2025 – Rajahmundry City, India

  • Jumlah haiwan qurban: 257 ekor FASA PENGETINAN
  • Jumlah bahagian qurban: 1,800 bahagian
  • Jenis bungkusan: Daging lembu dalam tin 800 gram
  • Jumlah tin: 37,800 tin
  • Jumlah kotak: 3,150 kotak

Status pengeluaran: Proses pengetinan selesai 20 Ogos 2025

Tempoh inkubasi: 10 hari untuk pastikan kualiti dan keselamatan makanan

Penghantaran ke Jordan: Dijangka dihantar awal September

Tiba antara 7 – 10 September 2025

Penghantaran ke Gaza: Akan dihantar sebaik pintu lintasan dibuka atau peluang sesuai diperoleh

[ #PakejTin telah melalui beberapa fasa iaitu: ]

  1. Fasa Qurban, Melapah, Packing: Selesai
  2. Fasa Eksport ke UAE: Selesai
  3. Fasa Pengetinan di UAE: Selesai
  4. Fasa Eksport ke Mesir/Jordan: Selesai
  5. Fasa Agihan di Gaza: Oktober – Disember 2025
  6. Fasa Laporan: Disember 2025 Alhamdulillah, selesai fasa agihan bagi #PakejTin.

Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua peserta PakejTin kerana memberi kepercayaan kepada pihak MyQurbani menjalankan amanah anda.

Semoga Allah merahmati dan memberikan sebaik-baik ganjaran kepada semua atas keprihatinan membantu saudara-saudara kita di Gaza.

Pastinya para penerima tidak putus-putus mendoakan anda.

Jazakumullahu khairan kathira.

Hari Raya Haji 1446H/2025:
(7 Jun 2025)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: