[Perkongsian] Ziarah Qurban di Selatan Thailand (siri 03)

sambungan.

Solat subuh pagi ini di sebuah masjid yang Ust Mat pernah beri kuliah. Beliau diminta jadi Imam dan seterusnya beri tazkirah. Balik dari masjid terus bersiap-siap untuk check out. Semasa sarapan, bertemu pula dengan rombongan dari Singapura, 3 lelaki dan 4 wanita. Mereka pun turut mengagihan sendiri haiwan qurban. Salah seorang dari mereka pernah mengikuti kuliah Ust. Mat – small world. Tabik spring pada ahli rombongan ini. Walaupun rasanya umur mereka melebihi 50 tahun (melainkan 2 orang yang rasanya berumur 40an), masih gagah drive sendiri dari Singapura.

Lokasi utama hari ini ialah Qurban Perdana di sebuah Pejabat Daerah di Yala. Semua lembu korban JIM melalui Maahad Muhammadi yang diuruskan oleh Ustaz Daud, dilaksanakan di sini. Selebihnya adalah sumbangan NGO lain dari Malaysia. Wakil dari semua 13 buah kampung di daerah tersebut dipanggil untuk melaksanakan Qurban di Pejabat Daerah. Majlis dirasmikan oleh ADUN Daerah, seorang melayu. Wakil anggota tentera turut sama hadir dan menyampaikan sumbangan (tak tahu berapa ribu bhat). Bila berjumpa dgn Lt. Kol. “couldn’t get his name”, terpaksa minta Ust. Mat jadi penterjemah (gambar 1). Buka cerita, masa di sekolah menengah ada perlawanan ragbi persahabatan setiap tahun dengan King’s College dari Bangkok.

Gambar 2 – bersama Ust. Suhaimi, pengarah program dan Hassan, pegawai kesihatan daerah. Dibelakang kami keihatan lot kemah  untuk setiap kampung.

Gambar 3, acara penyerahan lembu kepada ADUN – err serah tali lembu je.

Gambar 4 – lembu yang dah terkorban.

Lokasi kedua untuk hari ini ialah sebuah sekolah di Yaring, Pattani. Sekolah ini dijanjikan sumbangan lebihkurang RM800k dari timur tengah. Setelah menerima RM160k, bantuan tambahan tak diterima langsung. Akibatnya pihak sekolah dan pengendalinya terpaksa berhutang dengan kontraktor. Bangunan asrama yang dibina pun tak siap sepenuhnya. Akhirnya persekolahan dimulakan dengan keadaan serta dhaif. Pelajar yang tinggal di asarama seramai 70 lelaki dan 70 perempuan. Pelajar yang hanya datang untuk kelas al-Qur’an pula seramai 600 orang setiap hari. Ketika banjir melanda Pattani, sekolah ini pun terkena juga. Banyak juga peralatan, buku dan quran yang perlu dilupuskan.

Berada di sekolah ni teringat semasa menjadi Pendaftar di Al-Amin dan juga semasa diminta set-up Sekolah Islam Adni dan seterusnya menguruskannya selama 2 tahun. Sempat berbual sekejap dengan pengendalinya, Abdullah Soontorn. Oleh kerana beliau sibuk melayan ibubapa yang datang untuk makan, buat appointment untuk berjumpa disebelah malam. Disebabkan korban dah dibuat lebih awal, kami datang untuk makan sahaja. Kami dijamu daging qurban dan minum “air bateri” (botol air mineral disini macam botol air bateri). Makan pula dalam dulang – setelah banyak tahun tak merasa makan dalam dulang.

Gambar 5- bangunan asrama yang hampir siap.

Gambar 6 – Bangunan kelas 2 blok yang dicantumkan. Hanya bahagian luar sahaja berdinding, itupun separuh aje.

Gambar 7 – bahagian dalam kelas, pemisah antara kelas cuma tabir kain sahaja. Lihatlah atapnya!

Dalam perjalanan ke hotel, kami sempat singgah di rumah mertua Ust. Mat melihat bagaimana masyarakat Islam Pattani menyambut Eidul Adha. Tidak seperti di Malaysia, sepanjang Hari Raya dan hari tasyrik, mereka akan keluar berziarah, bersiar-siar bersama keluarga. Budaya open house tak wujud. Sebaliknya, ada juga kampung yang membuat keraian di kawasan lapang. Biasanya mereka akan membuat hiasan dan pentas. Akan ada nasyid, bacaan al-qur’an dll. Setibanya di rumah mertua Ust. Mat, pentas dah diruntuhkan – terlepas acara persembahan ni. Yang sedang berlangsung, acara tarik tali antara kanak-kanak perempuan. Sementara itu, team takraw lelaki sedang warm up, rasanya akan bertarung selepas acara tarik tali. Kelihatan juga askar-askar thai yang turut sama menjadi penonton. Mereka lengkap bersenjata dan memakai jaket bullet-proof – sentiasa bersedia jikalau ada serangan dari orang kampung. (Gambar 8 & 9).

Sebelah malamnya solat jamak maghrib & isyak di Fakulti Islam, Princess of Songkhla University. Seterusnya di jamu di Restoren Pak Mat, berdekatan dengan Universiti. Sambil makan, berkongsi pengalaman yang ada dalam bidang pendidian dengan Abdullah Soontorn. Asalnya ingin juga berjumpa dengan beberapa pengusaha koperasi, tetapi hajat tak kesampaian.

Bila balik ke hotel bertemu lagi dengan group dari Singapura dan juga IHH. Mendapat makluman juga dari perbualan, qurban yang diagihkan dari Jerman sebanyak 70 ekor lembu.

Dilaporkan oleh:
En Abdul Hafidz Hashim
Ahli Jawatankuasa Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: