[Perkongsian] Ziarah Qurban di Vietnam (siri 02)

Assalamualaikum.

Siri 2: 16 Nov 2010 – Takbir bergema di Ho Chi Minh City

Eidul Adha di Vietnam disambut satu hari lebih awal dari Malaysia. Kami telah bersama-sama dengan masyarakat setempat mengerjakan solat sunat eidul adha di masjid Anwar. Lebih kurang 200 orang umat Islam lelaki dan perempuan bersama-sama solat sunat eidul adha pada pagi itu. Sebelum solat, kehadiran kami dari JIM diumumkan. Pengumuman itu dan juga sambutan dari hadirin menunjukkan  penghargaan yang besar diberikan kepada JIM yang telah pun masuk tahun ketiga menghantar qurban di sana.

Para jamaah sedang bertakbir sebelum solat

Muslimat di tingkat bawah.

Selepas solat sunat eidul adha, kami terus pergi ke tempat penyembelihan qurban yang agak tidak jauh dari Masjid Anwar. Binatang qurban bukan sahaja dari JIM bahkan dari masyarakat Malaysia HCMC dan dari lain lain negara. Ustaz Abdul Rahman mengagihkan 11 ekor lembu qurban dari JIM, sementara masyarakat Malaysia di HCMC sebanyak 6 ekor, dan dari Arab Saudi sebanyak 1 ekor.

Pusat Penyembelihan

Menyaksikan ibadah qurban dilaksanakan

Tukang sembelih, Tn Hj Yusof yang pernah terlibat dengan peperangan di Vietnam

Sementara menunggu binatang qurban di sembelih, dilapah dan diagih, sedikit jamuan hari raya disediakan yang berupa sup daging serta roti. Agak ramai juga yang hadir kebanyakannya ialah staf Petronas serta keluarga mereka. Mereka ini juga tertunggu-tunggu kehadiran wakil JIM kerana pada tahun sebelumnya hanya penyertaan qurban sahaja yang sampai tetapi wakilnya tiada.

Bersama umat Islam Malaysia yang berada di Vietnam.

akan bersambung ke siri 3..

Dilaporkan oleh:
Haji Tuan Yaacob Tuan Sof
Pengarah Program Qurban Aqiqah JIM 1431H

Hari Raya Haji 1445H/2024:
(17 Jun 2024)

Hari
Jam
Minit

Kongsikan artikel ini: