Pengenalan MyQurbani

MyQurbani merupakan program qurban dan akikah tahunan yang dilaksanakan oleh MyCARE. Bermula dengan nama Qurban Kasih Ummah yang dikelolakan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia, kini ianya dijenamakan semula bagi memberi nafas baru dalam pelaksanaan ibadah yang paling dinantikan umat Islam.

Selama 26 tahun kami melaksanakan amanah ini dengan penuh cermat dan akan terus memastikan pelaksanaan ibadah qurban dan akikah diuruskan dengan amalan terbaik (best practices) sambil memastikan aspek kepatuhan hukum syarak diikuti sepenuhnya.

Program ini juga memanfaatkan lebih daripada 18 buah negara sepanjang pelaksanaannya. Banyak penerima daging qurban dan akikah bersyukur atas kemurahan hati rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah ini di tempat mereka.

Kini, bagi meneruskan pelaksanaan ibadah ini, MyCARE sekali lagi membawakan program MyQurbani 2024 / 1445H bagi memberi peluang rakyat Malaysia melebarkan ibadah mereka ke negara-negara yang berada di kancah peperangan dan juga yang mengalami bencana alam.

Sasaran kami kali ini adalah untuk mencapai RM2 juta kutipan untuk diagihkan ke 9 negara yang amat memerlukan. Penyertaan ibadah qurban dan akikah tuan-tuan dan puan-puan akan kami laksanakan dengan penuh amanah dan mematuhi aspek hukum syarak yang ditetapkan.

gambar kanak-kanak perempuan pegang agihan

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berqurban).”

Ayuh kita teruskan pahala bersedekah kepada mereka yang memerlukan dengan melaksanakan ibadah Qurban/Akikah 2024/1445H bagi membantu golongan rentan menerusi agihan ke 9 buah negara-negara bergolak seperti Palestin, Syria, Yaman, Afghanistan dan Somalia yang sering menjadi mangsa kebuluran.

Makluman:

  1. Pakej Qurban 2022 sudah ditutup. Harga pakej yang baru akan diberitahu kemudian
  2. Harga pakej untuk Akikah adalah sehingga 31 Mei 2023