MyQurbani Kembali, Jom Laksanakan Ibadah Qurban Bersama MyCARE!

Beberapa hari lagi Hari Raya Qurban bakal menjelang. Dikesempatan ini, kami ingin mengajak anda mendalami pengertian ibadah Qurban. Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari raya Aidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. Hukum ibadah qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sangup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Pengenalan MyQurbani

Kempen MyQurbani yang dilaksanakan oleh MyCARE merupakan program qurban dan akikah tahunan; Bermula dengan nama Qurban Kasih Ummah, kini ianya dijenamakan semula bagi memberi nafas baru dalam pelaksanaan ibadah yang paling dinantikan umat Islam.  Selama 23 tahun, kami melaksanakan amanah ini dengan penuh cermat dan akan terus memastikan pelaksanaan ibadah qurban dan akikah diuruskan dengan amalan terbaik (best practices) sambil memastikan aspek kepatuhan hukum syarak diikuti sepenuhnya.

Program tahun ini bakal memanfaatkan saudara-saudara kita yang memerlukan di 9 buah negara sepanjang pelaksanaannya. Kini, MyCARE sekali lagi membawakan program MyQurbani 2021M / 1442H bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia melebarkan ibadah mereka ke negara-negara yang berada di kancah peperangan dan juga yang mengalami bencana alam. Sasaran kami kali ini adalah untuk mencapai RM1.5 juta kutipan untuk diagihkan ke 9 buah negara yang amat memerlukan termasuklah Palestin, Syria, Yaman, Nepal, Somalia, Somaliland, Myanmar, Eritrea dan Cox’s Bazar, Bangladesh.

Alhamdulillah, sebanyak 3,777 penyertaan qurban dan akikah telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Oleh kerana itu, kami ingin mengumumkan Pakej Qurban serendah RM290 diteruskan lagi untuk tahun ini. Mari Bersama kami sekali lagi laksanakan ibadah qurban atau akikah anda disamping membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. 

Cara Penyertaan MyQurbani.

Pilih jenis qurban atau akikah, pilih pakej haiwan di negara tertentu, kemudian layari:

https://mycare.qrd.by/myqurbani

Atau anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank online / CDM / cek. 

Humanitarian Care Malaysia Berhad 

CIMB Islamic

8602 13 5592

Hantarkan maklumat di bawah ke [email protected] atau 019-2276760 (Whatsapp/Telegram).

π‘π‘Žπ‘šπ‘Ž π‘π‘’π‘šπ‘π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘Ÿ (π‘π‘’π‘ π‘’π‘Ÿπ‘‘π‘Ž):

π‘π‘œ 𝑑𝑒𝑙:

πΈπ‘šπ‘’π‘™:

π΄π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘:

π‘ƒπ‘’π‘›π‘Žπ‘šπ‘Ž 1:

𝐽𝑒𝑛𝑖𝑠: π‘„π‘’π‘Ÿπ‘π‘Žπ‘› / π΄π‘˜π‘–π‘˜π‘Žβ„Ž

π‘ƒπ‘Žπ‘˜π‘’π‘—:

𝐡𝑖𝑙 π‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Žπ‘›:

π‘ƒπ‘’π‘›π‘Žπ‘šπ‘Ž 2:

𝐽𝑒𝑛𝑖𝑠: π‘„π‘’π‘Ÿπ‘π‘Žπ‘› / π΄π‘˜π‘–π‘˜π‘Žβ„Ž

π‘ƒπ‘Žπ‘˜π‘’π‘—:

𝐡𝑖𝑙 π‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Žπ‘›:

Peserta yang telah membuat pembayaran, anda dijemput untuk mengikuti Group Telegram MyQurbani bagi mendapat pelbagai informasi tentang pelaksanaan qurban anda. Link Group Telegram MyQurbani  tersebut akan diberikan di resit yang dikeluarkan oleh pihak MyCARE. Kami akhiri penulisan ini dengan slogan, “Seiring mendapat pahala ibadah qurban, gandakan pahala kita dengan memberi daging qurban kepada mereka yang memerlukan”.

Ibadah Qurban Bina Jiwa Kemanusiaan

Melihat kepada definisi kemanusiaan melalui maksud perkataan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membawa pengertian sebagai perihal manusia dan sifat – sifat manusia; tetapi tidak dapat kita gambarkan dengan terperinci maksud sebenar erti ‘kemanusiaan’. 

Namun, apabila kita melihat maksud ‘humanity‘ dalam Kamus Meriam Webster Online daripada terjemahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, ianyanya diterjemah sebagai ‘Compassionate, sympathetic, or generous behavior or disposition; The quality or state of being humane‘, memberi kita sedikit sebanyak idea apakah maksud sebenar istilah β€˜kemanusiaan’ tersebut.

Compassionate dan symphatetic membawa maksud belas kasihan, manakala generous behaviour membawa maksud murah hati, dermawan dan sebagainya. Ciri-ciri ini dapat menggambarkan seseorang itu mempunyai kualiti insan yang sejati.

Asas kehidupan seorang manusia, hak-hak yang diterapkan dalam sesebuah masyarakat seringkali cenderung kepentingannya kepada mereka yang lebih berkuasa yang dapat dilihat melalui sikap pemerintah terhadap rakyat yang diperintah, atau sikap ibu bapa kepada anak-anak yang bergantung hidup kepada mereka, mahupun sikap seorang suami yang menjadi ketua keluarga terhadap ahli keluarganya. 

Walaubagaimanapun, Islam merupakan agama fitrah yang tunjangnya adalah cara hidup yang memenuhi kehendak kemanusiaan untuk dijadikan panduan dalam menepati ciri – ciri kemanusiaan yang dibincangkan diatas.

Salah satu bukti yang dapat dilihat tentang ihsan seorang bapa kepada anaknya adalah dalam peristiwa Nabi Ibrahim AS dimana baginda diarahkan menyembelih anak kesayangan Nabi Ismail AS yang dirakamkan di dalam surah 

As-Saffat, 37 ayat 102 – 107.

ΩΩŽΩ„ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ¨ΩŽΩ„ΩŽΨΊΩŽ Ω…ΩŽΨΉΩŽΩ‡Ω Ω±Ω„Ψ³ΩŽΩ‘ΨΉΩ’Ω‰ΩŽ Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ ΩŠΩŽΩ°Ψ¨ΩΩ†ΩŽΩ‰ΩŽΩ‘ Ψ₯ِنِّىٓ Ψ£ΩŽΨ±ΩŽΩ‰Ω° فِى Ω±Ω„Ω’Ω…ΩŽΩ†ΩŽΨ§Ω…Ω Ψ£ΩŽΩ†ΩΩ‘Ω‰Ω“ Ψ£ΩŽΨ°Ω’Ψ¨ΩŽΨ­ΩΩƒΩŽ ΩΩŽΩ±Ω†ΨΈΩΨ±Ω’ Ω…ΩŽΨ§Ψ°ΩŽΨ§ ΨͺΩŽΨ±ΩŽΩ‰Ω°Ϋš Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ ΩŠΩŽΩ°Ω“Ψ£ΩŽΨ¨ΩŽΨͺِ Ω±ΩΩ’ΨΉΩŽΩ„Ω’ Ω…ΩŽΨ§ ΨͺΩΨ€Ω’Ω…ΩŽΨ±ΩΫ– سَΨͺΩŽΨ¬ΩΨ―ΩΩ†ΩΩ‰Ω“ Ψ₯ِن شََؒؑ Ω±Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω…ΩΩ†ΩŽ Ω±Ω„Ψ΅ΩŽΩ‘Ω°Ψ¨ΩΨ±ΩΩŠΩ†ΩŽ 

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’. Anaknya (Nabi Ismail) menjawab: ‘Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar’.” (As-Saffat, 37:102)

Walaupun arahan yang disampaikan Nabi Ibrahim AS kepada Nabi Ismail AS merupakan satu perintah daripada Allah SWT, baginda masih bertanyakan pendapat Nabi Ismail AS tentangnya. Bukankah ini satu bentuk nilai kemanusiaan yang tinggi yang dapat kita ambil iktibar sebagai seorang Islam, bapa dan manusia? Tidak menggunakan kedudukan baginda sebagai seorang ayah yang terus membuat keputusan ke atas seorang anak hanya kerana baginda seorang ayah dan Nabi Δ°smail AS seorang anak.

Kemudian, setelah mereka berdua insan yang terpilih itu redha dan berserah dengan menjunjung perintah yang mencengkam jiwa itu secara bulat-bulat hanya kerana Tuhan mereka semata-mata, Allah Yang Maha Penyayang telah menunjukkan ihsannya dengan menggantikan Nabi Ismail AS dengan seekor binatang sembelihan yang besar seperti didalam ayat yang ke 107 didalam surah yang sama.

 ΩˆΩŽΩΩŽΨ―ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽΩ°Ω‡Ω بِذِبْحٍ ΨΉΩŽΨΈΩΩŠΩ…

“Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar” (As-Saffat 37:107)

Dimana lagi kita mahu belajar sifat kemanusiaan jika bukan daripada Sang Pencipta sendiri yang menekankan kepentingan nyawa seorang manusia dan juga daripada hamba – hamba-Nya yang paling dikasihi itu?

Tidak terhenti setakat itu, ibadah qurban yang merupakan sunat muakkad yang dianjurkan Islam memberi peluang kepada golongan fakir miskin merasai nikmat kelazatan daging sekurang – kurangnya sekali setahun. Kepada yang mampu pula, ibadah qurban melatih kita mengorbankan sedikit sahaja kelebihan wang yang ada untuk dinikmati bersama. Semoga ibadah yang dilandasi dengan keimanan dapat menjalinkan hubungan sesama Islam tanpa mengira status dan kedudukan didalam masyarakat.

Kita sesama Islam adalah bersaudara.

Farhana Zahran,
Sukarelawan MyCARE

ALLAH TAK MINTA KITA QURBAN SETIAP BULAN TETAPI..

Ya, Allah tak minta kita berqurban setiap bulan, tetapi Allah hadirkan satu hari raya untuk kita berqurban keranaNya. Semua harta kita milik Allah dan Dia ingin lihat siapa hambanya yang rela berqurban sedikit hartanya kerana Allah. Percayalah, pengorbanan kita akan digantikan dengan yang lebih baik lagi. Ayuh, usah berlengah lagi, ajak rakan & keluarga, tunaikan ibadah yang hanya datang setahun sekali ini. Kami tawarkan pakej serendah RM290 dan inilah peluang untuk setiap daripada kita untuk melaksanakan ibadah ini. Semoga pengorbanan kita ini mampu memberi senyuman kepada teman seakidah kita yang diuji dengan ujian kelaparan, kemiskinan dan peperangan yang dahsyat. 

Hubungi [email protected] atau 019-2276760 (Whatsapp/Telegram) untuk maklumat lanjut.

p/s: Eksklusif untuk peserta yang sudah membayar, anda dijemput untuk ikuti Group Telegram MyQurbani bagi mendapat pelbagai info tentang pelaksanaan qurban anda. Link diberikan di resit.

* MyCARE telah diaudit oleh beberapa badan audit bertauliah. Layari https://mycare.org.my untuk penjelasan.

#QurbanRentasBenua #MyQurbani #Qurbanmurah #aqiqahmurah

Laporan MyKorban 2020

Laporan MyKorban 2020

Program MyKorban tahun 2020, telah dilaksanakan di 11 buah negara. Tiada perlaksanaan di dalam negara dibuat tahun ini, setelah mengambil kira keterbatasan MyKorban untuk mematuhi SOP yang sangat ketat akibat penularan virus Covid-19. Selain perlaksanaan korban di Gaza yang dikendalikan oleh pejabat MyCARE di Gaza, semua perlaksanaan di negara yang lain telah diuruskan oleh rakan NGO MyCARE.

Negara-negara yang terlibat adalah Palestin, Syria, Sudan, Somalia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Somaliland. Sementara itu, pakej kambing sejuk beku dilaksanakan di Australia. Di samping itu, MyKorban juga telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan perlaksanaan korban bagi pihak Human Appeal Australia di Kemboja dan Filipina.

Secara keseluruhannya jumlah binatang korban yang telah diuruskan adalah sebanyak:

  1. Lembu – 195 ekor
  2. Unta – 26 ekor
  3. Kerbau – 180 ekor
  4. Kambing – 1142 ekor

Untuk pakej sejuk beku, kambing yang disembelih di Australia akan dibekukan dan seterusnya dihantar menggunakan kapal laut ke Palestin dna Syria. Agihan daging di Palestin dan Syria juga akan diuruskan oleh Human Appeal.

Dengan ini, MyKorban ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas semua penyertaan korban tahun ini. Sesungguhnya, sumbangan daging korban ini adalah sangat besar ertinya bagi para penerima manfaat. Kami doakan, ibadah korban yang telah dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi bekalan di akhirat kelak untuk dianugerahkan syurga.

β€œKorban Rentas Benua”

Abdul Hafidz Hashim
Pengurus MyKorban 2020